Tuesday, 9 December 2008

Gerak kerja PgNPQH 2009

Persidangan Graduan National Professionalisme Qualification of Headship (PgNPQH) akan memulakan gerak kerja dan hala tuju baru menjelang tahun 2009 dengan beberapa pendekatan yang lebih berfokus terhadap graduan NPQH yang berada di seluruh negara. Gerak kerja dan hala tuju baru akan lebih memberikan tumpuan ke arah memperkasakan kembali peranan dan masa graduan NPQH di dalam bidang pendidikan negara. Antara pendekatan baru yang akan diambil ialah mengumpulkan data terkini setiap graduan NPQH yang berada di seluruh negara dalam pelbagai peranan masing-masing. Hasil daripada data berkenaan akan disalurkan ke pihak berkenaan yang bertangunggjawab dalam bidang pendidikan negara untuk tujuan perkembangan profesionalisme graduan NPQH berkenaan. Selain itu, PGNPQH juga akan menganjurkan kolokium khas pendidikan kepada semua graduan NPQH ke arah memperkasakan hala tuju dan masa depan graduan berkenaan. Semoga gerak kerja dan hala tuju baru tahun 2009 ini akan mampu memperkasakan gerakan PqNPQH dalam membantu mengembangkan peranan profesionalisme para graduannya. Selamat Berkolokium!

No comments:

Post a Comment

Pendaftaran Ahli PgNPQH

Hubungi Kami

Nama Anda :
Email Anda:
Perkara :
Pesanan :
Image (case-sensitive):