Friday 12 December 2008

Kolokium Kembara Pengurusan Kepemimpinan Pendidikan Malaysia

KOLOKIUM KEMBARA PENGURUSAN KEPEMIMPINAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Pengenalan Kolokium Kembara Pengurusan Kepemimpinan Sekolah Malaysia berkonsepkan pengembaraan ilmiah. Kolokium ini dilaksanakan secara “relay” mengikut zon. Pada tahun 2006, “batom” pertama diterima oleh Zon Tengah, kemudian diserahkan kepada Zon Selatan, Zon Utara dan berakhir di Zon Timur. Pada tahun 2007, “batom” tersebut akan bergerak hingga ke Sarawak dan Sabah. Setiap zon akan menggunakan tema dan pengisian slot yang sama.
Melalui kolokium ini, diharapkan kumpulan sasaran utama iaitu Penolong-Penolong Kanan Sekolah dapat didedahkan secara ilmiah tentang pengurusan dan pentadbiran sekolah untuk penambahbaikan dan keberkesanan sekolah. Dengan ini, pelapis pemimpin pendidikan dapat disediakan agar mampu menerajui sekolah ke arah kecemerlangan.
Matlamat Kolokium:
a. Memberi maklumat terkini kepada warga Penolong Kanan tentang dasar, aktiviti dan program Kementerian Pelajaran Malaysia.
b. Membentangkan isu dan permasalahan pengurusan sekolah menengah di Malaysia.
c. Memberi pendedahan dan pengetahuan yang lebih luas kepada Penolong Kanan tentang profesionalisme pengurusan dan kepemimpinan.
d. Membentangkan bahan kajian ilmiah yang telah dihasilkan oleh graduan NPQH.
e. Membina pembangunan diri warga pendidikan ke arah kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia.
Pelaksanaan Kolokium 2006:
Anjuran : Bahagian Sekolah dan Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kelolaan : Alumni NPQH
Tema : Pembestarian Penolong Kanan Dalam Pengurusan dan Kepemimpinan Sekolah Di Malaysia
Sasaran : Guru Penolong Kanan Sekolah Menengah
Tarikh Pelaksanaan:
1.Zon Tengah (Kuala Lumpur) : 20 – 23 Februari 2006
2.Zon Selatan (Melaka) : 24 – 27 April 2006
3.Zon Utara (Kedah) : 3 – 6 Julai 2006
4.Zon Timur (Terengganu) : 18 – 21 Sept. 2006
Pelaksanaan Kolokium 2007:
Tema : Pembestarian Penolong Kanan Dalam Pengurusan dan Kepemimpinan Sekolah Di Malaysia
Sasaran : 1. Guru Penolong Kanan Pentadbiran 2. Penyelia Petang 3. Graduan NPQH
Tarikh Pelaksanaan:
1.Zon Tengah (Sepang) : 26 Feb – 1 Mac 2007
2.Zon Sarawak (Kuching) : 23 – 26 April 2007
3.Zon Utara (Taiping) : 2 – 5 Julai 2007
Pelaksanaan Kolokium 2008:
Tema : Melestarikan Kepemimpinan Sekolah Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan
Sasaran : 1. Guru Penolong Kanan Pentadbiran 2. Penyelia Petang 3. Graduan NPQH
Tarikh Pelaksanaan:
1.Zon Selatan (Port Dickson): 25 - 28 Februari 2008
2.Zon Sabah (K.Kinabalu) : 5 - 7 Mei 2008
Cadangan Pelaksanaan Kolokium 2009:
1.Zon Timur (K.Terengganu) : 23 - 25 Februari 2009
Cadangan Persidangan NPQH Kebangsaan 2009
1.Persidangan NPQH Fasa 1 Tarikh : 25 - 27 Mei 2009 Tempat : IAB Genting Highland (Cadangan awal)
2.Persidangan NPQH Fasa 2 Tarikh : 10 - 12 Ogos 2009 Tempat : IAB Utara, Jitra
(Cadangan awal)
Cadangan Slot:
Hari Pertama - 1. Pendaftaran 2. “Ice-breaking” dan motivasi
Hari Kedua - 1. Input Profesional (Pengurusan dan Kepimpinan) 2. Dasar Kementerian 3. Perasmian 4. Sumber Manusia (Operasi) 5. Makan Malam
Hari Ketiga - 1. Pembangunan Insan (pengurusan murid) 2. Pengurusan Kurikulum 3. Pengurusan “Headcount” 4. Forum (Perundangan Dalam Pendidikan, akademik, kerohanian) Hari Keempat - 1. Slot Pembentangan 2. “Learning Organization” 3. Majlis Penutup

No comments:

Post a Comment

Pendaftaran Ahli PgNPQH

Hubungi Kami

Nama Anda :
Email Anda:
Perkara :
Pesanan :
Image (case-sensitive):