Saturday 4 April 2009

Seminar Nasional Kepimpinan Pengurusan dan Pendidikan ke-16

Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan merupakan satu usaha berterusan untuk mengembangkan pengetahuan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Melalui seminar ini, pengurus pendidikan pada semua peringkat sistem pendidikan akan dapat berkongsi maklumat dan bertukar-tukar pendapat bagi memantapkan lagi pengetahuan dan pengalaman dalam menangani arus pendidikan yang semakin mencabar. Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan yang ke-16 pada 19 - 23 Julai 2009. Pihak urusetia penganjur dengan hormatnya mempersilakan tuan/puan yang berminat untuk membentangkan kertas kerja atau sebagai peserta di dalam seminar ini.


Untuk maklumat lanjut
Sila layari Laman Web Rasmi Institut Aminuddin Baki, KPM di alamat URL

http://www.iab.edu.my

No comments:

Post a Comment

Pendaftaran Ahli PgNPQH

Hubungi Kami

Nama Anda :
Email Anda:
Perkara :
Pesanan :
Image (case-sensitive):