Friday 26 June 2009

Semakan Pendaftaran Online Ahli MgNPQH (PgNPQH)

Semua graduan NPQH yang telah mendaftar secara online dikehendaki menyemak butiran/maklumat yang telah diberikan semasa pendaftaran secara online kerana terdapat butiran/maklumat graduan yang tidak lengkap. Keadaan ini mungkin disebabkan masalah teknikal.
Oleh itu, graduan boleh menyemak butiran/maklumat yang telah dihantar semasa pendaftaran online mengikut langkah berikut;
Langkah 1 : Lihat laman Pendaftaran Ahli Secara Online dalam Laman Blog ini.
Langkah 2 : Lihat Semakan Keahlian, dan klik
Langkah 3 : Senarai ahli akan dipaparkan (dalam beberapa halaman), kemudian cari atau kenalpasti nama dan maklumat tuan/puan. Semak maklumat yang dipaparkan.
Langkah 4 : Jika maklumat yang dipaparkan betul dan lengkap maka tuan/puan boleh boleh abaikan langkah seterusnya atau keluar dari laman tersebut.
Langkah 5 : Jika maklumat tuan/puan tidak lengkap maka tuan/puan mesti mendaftar semula
pendaftaran secara online (mengikut prosedur biasa).
Langkah 6 : Buat pendaftaran semula dan buat semakan untuk pasti maklumat lengkap
tuan/puan ada dalam senarai semakan keahlian (ikut langkah 1-4).

Pihak MgNPQH (PgNPQH) akan membuat semakan dan akan mengeluarkan maklumat tuan/puan yang tidak lengkap supaya tidak berlaku bertindanan maklumat.

Sekian, terima kasih. Kerjasama tuan/puan amat dihargai.

Biro ICT, MgNPQH

No comments:

Post a Comment

Pendaftaran Ahli PgNPQH

Hubungi Kami

Nama Anda :
Email Anda:
Perkara :
Pesanan :
Image (case-sensitive):