Friday 12 December 2008

Maklumat Ringkas PgNPQH

SEJARAH PENUBUHAN PERSIDANGAN GRADUAN KELAYAKAN PROFESIONAL KEPENGETUAAN KEBANGSAAN (PgNPQH)

Sejarah penubuhan PgNPQH bermula apabila pelajar-pelajar Sarjana Kepengetuaan di Institut Pengajian Kepengetuaan (IPK), Universiti Malaya diberi mandat oleh IPK untuk mengelolakan Seminar Kepengetuaan Kebangsaan yang menjadi agenda tahunan IPK. Seminar yang diadakan merupakan peluang yang baik untuk semua bekas pelajar NPQH untuk berkumpul dan bertukar-tukar pendapat. Hasil daripada perbincangan semasa seminar tersebut maka timbullah idea untuk menubuhkan Alumni NPQH. Penubuhannya bertujuan mencetuskan kesinambungan matlamat Program NPQH dengan membantu dalam penyebaran maklumat dan kemahiran serta kepakaran yang sedia ada kepada semua warga pendidik, khususnya kepada bakal pentadbir sekolah.

Mulai tahun 2005, Alumni NPQH ini mula bergerak di bawah AJK Penaja yang beroperasi di IPK, UM yang dikenali sebagai Alumni IPKUM. Pengerusi pertama yang menerajui Alumni IPKUM ialah En. Puniran Bin Denan. Seterusnya, ahli jawatankuasa alumni mula memerah idea untuk “menghidupkan” dengan membuat kertas kerja kepada Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Berkat usaha gigih dan kerjasama yang erat di kalangan ahli jawatankuasa maka Bahagian Sekolah telah memberi kepercayaan kepada Alumni IPKUM untuk mengelolakan Kolokium Kembara Pengurusan Kepemimpinan Pendidikan Malaysia pada tahun 2006. Kolokium ini diadakan di Zon Tengah, Zon Selatan, Zon Utara dan Zon Timur.

Berdasarkan ilmu, kemahiran dan pengalaman mengendalikan seminar di IPK, UM maka keempat-empat kolokium tersebut dapat berjalan dengan lancar. Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh Alumni IPKUM dalam memartabatkan profesion perguruan terutama melalui kolokium yang dikhaskan untuk Penolang Kanan Pentadbiran, sekolah-sekolah menengah seluruh Malaysia. Oleh itu, Alumni IPKUM diberi kepercayaan sekali lagi mengelolakan kolokium pada tahun 2007.

Pada 21 – 24 November 2006, satu perjumpaan diadakan di Bukit Merah Lake Town Resort, Taiping dengan Bahagian Sekolah untuk membincangkan tentang perancangan kolokium pada 2007. Pada perjumpaan ini, satu keputusan diambil iaitu menubuhkan Persidangan Graduan NPQH (PgNPQH). PgNPQH terbuka kepada semua graduan yang telah mengikuti Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH) di Institut Aminuddin Baki (sekolah menengah sahaja).

2 comments:

  1. Salam,

    Minta izin untuk salin artikel ini ke dalam Portal NPQH JOHOR.

    sysalq
    (SY SULAIMAN BIN ARIFFIN)

    ReplyDelete
  2. Kepada Tuan Syed
    Harap laman web PgNPQH Johor dapat diterbitkan sebelum seminar peringkat negeri. Selamat maju jaya.
    Puniran

    ReplyDelete

Pendaftaran Ahli PgNPQH

Hubungi Kami

Nama Anda :
Email Anda:
Perkara :
Pesanan :
Image (case-sensitive):